Sunday, March 4, 2012

~Hemah sepanjang jalanNya~

~SELAMAT MELANGKAH KE SEMESTER BARU ~





Sudah bersediakah anda untuk menjalani semester baru ini?? sudah pasti kah..benar-benar pasti… sudah bersedia.. mari kita sama-sama prepare mental dan fizikal yang akan sentiasa dalam rahmatNya, insyaAllah… dalam meneruskan nafas yang tersisa nie berbagai ujian yang akan di tempuh.. apa pun banyakkan bersabar dan sering muhasabah diri dengan nafas-nafas yang dihembus sebelum ini.. remember satu ayat.. “Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas hingga saat ini,so jangan lepaskan peluang ini, gunakan sebaik mungkin, sebaiknya mengikut syariatNYA.. bukan mengikut skema diri ini” orang yang berkeinginan berada di jalanNya bukan suatu yang mudah, dan bukan juga suatu yang sukar dan bukan hanya di pandang sepele tapi tidak juga mustahil, sesiapa yang benar-benar, bersungguh-sungguh ingin berada di jalanNya.. insyaAllah, DIA akan membantu, memudahkan orang yang benar-benar ingin berada di jalanNYA.. kerana apa???? Kerana segala-galanya milikNYA.. segala-galanya milik Allah. Tiada satu pun kita punya, semuanya milik Allah, repeat this word.. ‘milik Allah’.. so apa yang menjadi milik kita??? apa sebenar yang kita peroleh dan apa sebenarnya hasil dari usaha yang kita dapat selama ini?? itu bukan kita punya kah…realitinya benar… manjadda wa jadda.. betul ayat nie.. tapi ada tapinya.. ingat balik “wahai diri… sedarlah, kau tak punya apa-apapun… nak menaip nie pun, bukan kau yang punya… kekuatan ini datang dari Allah… sedarlah.. u r nothing.. but 4 rahmat Allah.. kau diberikan nikmat yang cukup.. apa lagi yang kau nak sebenarnya…hah.. tak cukup kah nikmat yang Allah berikan pada kau.. nikmat apa lagi yang kau dustakan?? Huhhh terhempas jatuh..pup..pup..pup… yang sebenar-benarnya, sebenar-benarnya ialah diri ini memang.. bukan memang lagi betul-betul memang kita is zero,kosong,sifar,nothing.. tak de pape.. ingat selalu ‘diri ini tak ada ape-ape’ boleh je Allah nak tolak kita cam tue je, pas tue terus rebah.. sama ada, kita dapat bangun atau tidak setelah rebah tue.. itu juga kekuasaan Allah yang punya, hanya DIA je dapat beri kita bangun atau terus rebah siapa kita sebenarnya.. khalifah, hamba… yes ur r right.. kita adalah hambaNYA.. kita khalifah di muka bumi ini.. seperti mana firman Allah:



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-baqarah:30)

Jelaskan... kebenaran itu ada dalam surah al-baqarah ayat 30. dah t’catat dalam surat cintaNYA.. ayat ni Allah tuju pada makhluknya yang memegang gelaran ‘manusia’ apa lagi yang di ragui wahai hati.. secara fitrahnya hati manusia sering berbolak-balik.. tapi, kita tak naklah menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak boleh menjadi khalifah di bumi.. namun bagaimana membuktikan kebenaranNYA?? wallah hu alam… tepuk dada tanya iman, hanya iman yang mampu menjawab.. tergantung diri, Allah telah membuka dua jalan.. jalan kebenaran dan kefasikan.. sama ada nak pilih jalan kebenaran atau kefasikan, tergantung diri kita... jadi, betapa cantiknya Allah kan.. DIA bagi pilihan lagi dengan kita... kita sendiri je lagi, tinggal pilih. Nampak di sini Allah sangat saaaaaaaaaaaaaaaayang dengan hambaNya...







Baiklah, sampai sini dulu.. peringatan diri yang sering alpha dan tak kan terlepas dari melakukan kesilapan..

Wallahhualam..

<3 Meniti jalanNYA <3

Tuesday, February 21, 2012

.: Tiket kita telah di boaking :.



Assalammualaikum..

Apa khabar semua…*_* mulakan hari kita dengan kalimah Bismillah.. semoga sahabat yang singgah di tinta nih sehat hendaknya, Sehat jasmani dan rohani. bilamana ia merupakan suatu nikmat yang tak terhingga yang Dia kurniakan pada hambaNya..
Sahabat, bangun dari tidor.. ape je kita buat ek… tengok hp, buka lp, g toilet tgk jam atau ape-ape yang kita akan lakukan.. apa yang penting, buka je mata kita nak teruskan kehidupan seharian yang kita lakukan sehari-hari betulkan?  Btw, masing-masing ada tugas yang perlu di laksanakan, di jalani dan patut, harus dan malah wajib dilaksanakan… ada yang g sekolah, ada yang pergi pejabat, pergi pasar, dan macam-macam lg destinasi yang kita tuju setelah selesai bersiap untuk pergi ke destinasi yang di tuju itu..
Dalam kita sibuk melaksanakan tugas atau pekerjaan seharian yang kita lakukan, kita tak pernah dan sekali-kali tidak akan pernah di tinggalkan oleh yang satu ini. ia selalu mengiringi kita, walau di mana kita berada, walau apa pun yang kita lakukan ketika itu ia tetap mengiringi kita..malah tika ini, saat ini ia juga mengiringi kita.. ia sekali-kali tidak akan membiarkan kita begitu sahaja.malah sesaat pun ia tak pernah melepaskan kita. seperti mana firmanNya.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukan.”
(Al-a’raf:34)

Apa kah yang di maksudkan itu sahabat? Ia sering kali memperingatkan kita, peringatan itu akan kita lihat jelas ketika sekelompok atau sekumpulan manusia yang mengusung suatu jenazah ke tanah perkuburan. di mana tempat itu adalah asal kejadian manusia, dari segala sumber makanan seharian kita di jadikan permulaannya dari situ juga,jelas di sini akhirnya kita balik semula ke tempat asal kita. ini sunnatullah, tiada siapa yang akan terlepas. Baik yang berharta, berpangkat, berdarjat, ternama, berkepentingan tukang-tukang dan apa-apa segala tukang semuanya akan kembali ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, terima atau tidak, bersedia atau tidak.. ia akan datang juga pada kita. kita tak kan sempat berkata “ eih.. tunggu sekejap, aku tengah buat kejer nih.. tak nampak ker” kita tak kan sempat berkata apa-apa .
Saat manusia leka menikmati kehidupan, bersuka ria, bermain, dan melaksanakan segala rutin harian, sedar tak sedar kematian akan datang meluru, menerkam, menyerangnya.. tak dapat kita bayangkan, bagaimana kematian itu menjemput kita. tatkala itu, tubuh akan menjadi lesu dan lemah, suara semakin hilang. Sendi-sendinya menjadi kaku dan kejang. Seluruh badannya ddi landa kesejukan yang amat sangat.
lalu bergemalah detik kematian, mengkhabarkan bahawa ia semakin hampir untuk meninggalkan dunianya. Sesudah itu, segala lembaran amalannya akan di lipat kemas dalam keadaan denyutan jantungnya semakin lemah. Tika itu kita tak sempat lagi menyapa sesiapa. kini, satu persatu tanda-tanda kematian hadir menjamah tubuh, wajah bertukar menjadi pucat kekuningan, hidungnya tunduk jatuh, manakala mata peglihatan dan pendengarannya pula menjadi semakin kabur dan berat, lidahnya pula menjadi bungkam, kelu, bisu..
Hanya iman yang mampu bertarung di saat kematian datang itu, kerana saat itu juga sang iblis laknattullah, bersama bala tenteranya datang untuk menggoda serta menghuru harakan atas manusia yang sudah terkulai lemah. Seperti janji iblis dengan Allah, iblis akan berada di hadapan, belakang, tengah, hujung di semua sudut.. Bersama iblis datang juga dua syaithan menyerupai wajah ibu dan ayahnya, mengambil sebelah kiri dan kanannya, apa sebenarnya helah musuh Allah nie?? musuh Allah memusuhi manusia sampai ke ajalnya.
Ajal, sesuatu yang pasti dan tentu pasti datang kepada semua makhlukNya. Kita semua akan kembali padaNya. Sebagaimana kita datang dan tentu kita akan kembali padaNya. Sama-sama kita memperingati diri kita. siapa tahu sesaat ini, selangkah selepas ini malah tak sampai selangkah kita melangkah ajal pun menjemput kita.. seperti apa kah, bagaimana , bila dan di mana ajal itu datang? Tidak dapat kita persoalkan.. yang pasti dan tentu pasti akan terjadi pada kejadianNya.. jadi jangan kita tinggalkan ia dalam poket,kocek,beg dan berbagai lagi tempat yang boleh kita simpan dimana kita hanya memperingati atau membuat persediaan yang betul-betul tepat pada waktu yang kita rasa sesuai untuk mempersiapkan diri atas jemputan.
Berbahagialah… kita semua telah di tempah tiket untuk ke sana, bila, di mana ?? itu yang kita tak tau..jangan sedih pula, ia pasti dan tentu pasti.. sama-sama kita mempersiapkan diri kita untuk ke sana. *_*





InsyaAllah, Moga ia manfaat untuk kita.. peringatan diri yang sering alpha..destinasi yang pasti kita tuju. -jiwa hamba.. bernafaslah dalam jiwa hamba.. akui dan yakini.. insyaAllah… pasti tampak sinarNya…

~زينون فىلارض ~

Wednesday, February 8, 2012

~Law Ka na Bainana (Andai baginda bersama kita)~

Bismillahirrohmannirohim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah atas kehendakNya kita bisa bernafas hingga ke saat ini. hmm, agak nya dah berapa saat, minit, jam, hari, bln,tahun kita duk kat pentas Allah nih.. tepuk dada tanya iman???? pernah tak kita terfikir?? Apa sahaja yang telah kita lakukan utukNya??… apakah sudah terbayar segala nilmatNya?? Apakah telah ku terlaksana segala perintahNya dengan sebaiknya??? Sebanyak mana, setinggi mana, setebal mana? apakah yang kita lakukan itu… SEGALANYA KERANA Nya??.. hati telah menjawab segala persoalan itu….

Alhamdulillah, Allah telah memberikan peluang pada kita duk kat pentas ini hingga saat ini..maaf, kalimat kali ini agak menegas... Bukan bermaksud apa-apa, Cuma memperingati hakikat diri yang sering alpa.. Sahabat yang ku kasihi sekalian..agak lama kalam ini membisu,namun semoga hati-hati kita tak membisu dari kalamNya, insyaAllah...Sahabat.. baru-baru nih kita baru menyambut hari kelahiran junjungan kita, baginda Rasulullah S.A.W.(Maulidur Rasul) kan.. apa perasaan kita apabila menyambut hari kelahiran baginda gembira..sedih..terharu… segalanya ada. Walau pun kita tak pernah berjumpa baginda tapi, apa bila mendengar nama baginda,baginda adalah utusan Allah… Subhannallah. bukan calang-calang manusia.yang sepertinya, patut menjadi idol dalam kehidupan kita hari ini.. Mari, mari kita sama-sama memperignati pengorbanan baginda terhadap addin ini.. tidak ada kata terlambat untuk memperingati baginda, memperingatinya, bukan hanya sebatas tika hari kelahirannya sahaja, tapi seharusnya setiap saat nafas kita terhembus di muka bumi ini,

Kerana apa kita harus memperingati baginda?? Bayangkan baginda bersama kita.. apa perasaan kita?? mari kita sama-sama hayati Video nih..





Baginda s.a.w sangat sayangkan umatnya.. bagaimana dengan kita?? adakah kita mengikuti ajaarannya,sunnahnya, segala tauladan yang baik yang Rasullah amalkan dalam kehidupan sehariannya?? adakah itu sahabat...jika itu,Alhamdulillah.. mudah-mudahan Rasulullah menjadi Idol tauladan,contoh, qudwah, kehidupan kita.. not Malaysian idol but life idol.. jadi bagaimana?? setuju tak..Sahabat yang di kasihi Allah sekalian,kita bebas memilih untuk menjadikan siapa idol life kita.. namun pilihan yang tepat di tangan sahabat sendiri..
Renunglah kembali,Pengorbanan baginda...mana mungkin, kita melepaskan sisa-sisa hidup kita yang Allah kurniakan ini dengan sia-sia...kita ingin kebaikan, kita ingin kesenangan,kita ingin segala apa yang kita inginkan.. namun dari mana kita dapat keinginan itu semua...?? dari mana?? segalannya dari pencipta kita Allah aja wa jalla.. Subhannallah... bertapa sayangnya Allah pada kita.. DIA beri apa yang baik untuk kita.. lihat sahaja pada diri kita sendiri, segalanya bermanfaat untuk kita mengharungi seharian hidup kita.. Subhannallah..

Marilah kita rebut peluang ini,sisa-sisa nafas yang ada kita gunakan untuk meraih RedhaNya...tiada siapa mengetahui saat ajal menjemput..walau sesaat,seminit tak kan berkurang saat ajal menjemput...
Segala yang baik datang dariNya..segala yang kurang dari diri sendiri sebagai hambaNya yang kerdil... insyaAllah... Moga Allah sentiasa bersama kita setiap saat,setiap menit hembus nafas kita walau di mana kita berada.. insyaAllah...

Sunday, January 22, 2012

~Ingatan padaMU meleraikan bisikannya~




Ya Allah ya Robbill'alamin...
Alhamdulillah hingga ke saaat ini, Allah masih memberi peluang pada saya dan sahabat-sahabat bernafas dalam jiwa hamba.. yang tak terkira nilainya. Sahabat, sudah lama saya tak up date blog nie ,sekali lagi asiffun jiddan pada yang singgah di tinta yang hambar nih.. sedikit perkongsian tentang diri kita, amal kita, dan suatu yang menjadi kewajiban pada seorang muslim. Apa dier.. yang dimaksudkan ialah ‘Solat itu dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran’… seperti mana firman Allah S.W.T :


“Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-ankabut:45)

Dalam ayat nih Allah menerangkan tentang “Al-Quran menyucikan jiwa manusia”. Wah.. bila baca ayat nih.. subhannallah, hebatnya Allah, dengan membaca AL-Quran je boleh menyucikan hati.. boleh menyucikan jiwa wah.. cam ne tuh..??? bagaimana Al-Qur’an boleh menyucikan jiwa.. bagaimana jiwa tuh boleh suci dengan membaca Al-quran. Tiada yang suatu yang mustahil bagi ALLAH.. Allah Maha mengetahui segala kejadianNya.. dan Allah tak pernah t’lepas pandang pun dengan apa yang Dia ciptakan.

Al-qur’an adalah suatu wahyu yang Allah turunkan pada nabi Muhammad S.A.W. Jadi jelaskan, Al-Qur’an bukanlah suatu rekaan manusia semata-mata, sepertimana mana yang di anggap oleh orang arab jahiliah dahulu Al-qur’an itu hanya rekaan, cerita dongengan dan berbagai lagi sangkaan terhadap apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah S.A.W. Subhannallah, luar biasa sekali, dengan membaca Al-quran, jiwa boleh bersih, tak payah cuci pakai clorox yang membersihkan atau menanggalkan suatu tempat yang kotor. Maaf.. nak sucikan jiwa baca Al-Quran dan cuba fahami ayat—ayat yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Bila kita memahami, akan mudahlah kita untuk mengikuti apa yang telah tersingkap dalam al-quran tersebut.

Selaian dari itu, Dalam ayat nih Allah suruh kita “dan dirikanlah solat..” kenape kita perlu dirikan solat.bukan cukup ke dengan membaca AL-quran tadi..hmmm belum cukup,so nak cukupkan tadi, Allah top upkan lagi cara untuk kita lebih menyucikan jiwa. iaitu solat.. “ Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran” jadi dengan membaca Al-qur'an tadi, dapat menyucikan jiwa..dah suci Allah hadiahkan,sarankan pada kita untuk solat(mengingati Allah) hmmm.. betul ke.. biasa yang kita dengar solat tuh, solat lima kali sehari semalam (maghrib,isyak,subuh,zohor,asar) kan. Cukup time tu je ker kiter solat?? Betul, solat di wajibkan lima waktu sehari semalam n time tue solat yang di wajibkan.. jadi nak katakan bagaimana solat dapat mencegah seseorang dari melakukan kekejian dan kemungkaran tadi?? mari kita telusuri sama-sama. Dari kata solat itu sendiri, apa masksud solat?? Solat itu adalah suatu perbuatan yang mengingat Allah. jadi dari kata solat itu sendiri, bearti kita mengingati Allah, jadi maksudnya di sini semasa solat lima waktu tuh, kita ingat pada Allah. mengingati pencipta kita, pemberi nikmat pada kita dan pemberi segala apa yang kita dapat selama kita bernafas di pentas fana nih.. jadi, bila kita ingat Allah (Penciptanya) secara automatik menggerakkan hati kita, diri kita untuk tidak melakukan laranganNya. Inilah yang di katakan solat dapat mencegah diri melakukan kekejian dan kemungkaran. Di sini juga terdapat jiwa hamba. Hamba kepada Pencipta yang telah menciptakan kita, fitrahnya seorang hamba akan malu bila melakukan laranganNya. Subhannallah, hebatnya…, bila mana seorang hamba malu dengan tuanNya, malu melakukan kekejian, malu melakukan kemungkaran, maka terlerailah ikatan bisikan iblis (syaithon) pada hambaNya.

Jadi ini lah manfaatnya bila kita mengingati Allah, Kita dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran. Besar manfaatnya, tak yah top up kredit nak call Allah.. directly Allah dah dengar keluhan kita, Allah dah tahu apa yang terselit di hati kita , di benak fikiran kita. Allah tahu semuanya. event, berada di tempat yang tersembunyi, Allah tahu..Bila kita ingat Allah.. insyaAllah Allah akan ingat kita, akan melindungi kita dan kita dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran. insyaAllah...

Wallah hu a’alam bissawab.. segala apa yang baik datang dariNya dan yang kurang dari diri sendiri.. Moga manfaat buat semua.. kita cuba amalkan dalam kehidupan seharian kita ..semaikan dalam diri, bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita. dan tak sesaat pun kita terlepas dari pandanganNya..

~bertatih bawah tarbiyahNya~

Sunday, December 18, 2011

~Nawaitu~

Assalamualaikum, apa khabar sahabat semua…Semoga semua sehat hendakNya.. insyaAllah.. Baiklah sahabat sekalian..:) sekarang dah pukul 12.50 mlm WIB..k di mana pun kita berada.. di pasak apa pun..selagi di buminya Allah kita masih dalam iradatNya..Sering kali kita membicarakan sesuatu yang kita lakukan, mesti ada tujuannya, mesti ada sebabnya.. ape yang ingin kita lakukan pasti ada awalnya dan pasti ada impaknya tersendiri berdasarkan ape?? jom.. kita dengar jap lantunan suara nih..




Setiap yang akan kita lakukan setiasa diawali dengan niat…niat yang akan mencerminkan tindakan yang kita lakukan... Sabda Rasulullah S.A.W..

“Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat, dan setiap orang mendapat balasan amalnya sesuai dengan niatnya. Siapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka dia akan mendapat pahala hijrah kerana Allah dan rasulNya. Siapa yang berhijrah kerana harta yang ingin di perolehnya atau wanita yang di nikahinya, maka dia akan mendapat sesuai dengan niatnya.”
(Mutaffaq ‘Alaih)

Dalam setiap ape yang kita lakukan tidak ada suatupun perkerjaan kecuali memiliki niat tersendiri. Ini kerana, setiap orang yang berakal dapat memilih apa yang akan dia kerjakan, sehingga tidak mungkin dia melakukan suatu perkara tanpa niat. Oleh Kerana itu, para ulama mengatakan, “Seandainya Allah memerintahkan suatu ibadah kepada kita tanpa niat, niscaya perintah itu tidak mampu di laksanakan.” Subhannallah… bertapa cantiknya.. indahnya.. pengaturan yang telah Allah tetapkan pada hambaNya. dengan hanya berniat dengan apa yang kita lakukan je dah dapat pahala kan.. :) belum kita melakukan ape yang kita niatkan…

Friday, August 12, 2011

.: la tah dzan:. Sang perwira....

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Assalamualaikumwarahmatullah...

Salam Ramadhan....

Alhamdulillah.... alhamdulillah hari ni dah masuk puasa yang ke 13.. syukur ke hadratNya kita dapat bernafas sehingga sekarang... hingga nikmat Ramadhan itu masih terasa.. Subhannallah.... afwan jiddan pada siapa yang singgah di blog nie... lama dah tak update.... lama dah tak jalan2 laman blog ni... maaf sekali lagi pada saudara-saudara yang di kasihi sekalian... hmmm k... firstly, apa khabar iman hari nie... InsyaAllah moga terus istiqomah dijalanNya... lagi-lagi bulan puasa nikan... mudah sangat nak buat benda baik... itulah rahmatNya dalam bulan Ramadhan..

Hari ni ana nak share satu ayat... dalam surah Al-imran ayat 138-139...

#x»yd ×b$ut/ Ĩ$¨Y=Ïj9 Yèdur ×psàÏãöqtBur šúüÉ)­GßJù=Ïj9 ÇÊÌÑÈ

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Ÿwur (#qãZÎgs? Ÿwur (#qçRtøtrB ãNçFRr&ur tböqn=ôãF{$# bÎ) OçGYä. tûüÏZÏB÷sB ÇÊÌÒÈ

dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

Ayat nie, diturunkan semasa perang uhud... setelah kekalahan bala tentara islam dalam perang uhud, muslimin telah kehilangan semangat dan mengalami keputusasaan. ayat ini menghibur jangan sampai karena kekalahan, itupun dikarenakan tidak mentaati pemimpin, kalian menjadikan diri kalian putus asa melainkan daripada demikian kuatkanlah iman kalian, karena kemenangan adalah berada di tangan kalian. dalam ayat sebelumnya perhatian kepada sunnah-sunnah ilahi telah dikemukakan dalam sejarah kaum terdahulu, ayat ini menyinggung salah satu dari sunnah yang disaksikan oleh muslimin dengan mata mereka sendiri.

ia berkata, "faktor terpenting pemulaan dan kehormatan suatu bangsa, adalah iman kepada allah dan taat kepada para utusan ilahi, karena menentang perintahnya dan rasulnya, akan menyebabkan kejatuhan dan kehinaan dan kalian menyaksikan sunnah ilahi ini dalam perang uhud."

Subhannallah... bila baca ayat ni... teringatkan pada diri ini... sewaktu ana merasa down.. stress, give up... bila ana meneliti ayat ni... ana muhasabah diri ana balik... bahawa kita sepatutnya tidak merasa lemah dalam mempertahankan dan menegakkan islam.. kerana apa, islam itu adalah agama yang benar... banyak di nyatakan dalam Al-quran dan sunnah.. ini juga jelas, bila mana kita berpegang teguh dengan perintahNya insyaAllah kita akan mendapat kemenangan disisiNya.

dari ayat ini, kita petik beberapa pelajaran:
1. iman kepada tuhan, bukan hanya faktor kemuliaan pada hari kiamat, melainkan di dunia menyebabkan kemenangan dan keunggulan kaum dan peradaban-peradaban lain.
2. kekalahan tidak sepatutnya menyebabkan mundur dan lemah melainkan harus dijadikan pelajaran untuk langkah dan berikutnya. (irib)

insyaAllah... moga kita sama2 meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya... di bulan mulia ini... kita rebutlah peluang ini untuk beribadah kepadaNya.... kita tak tahu, sama ada kita akan bertemu atau tidak dengan ramadhan yang akan datang...insyaAllah... selamat menunaikan ibadah puasa dan sentiasa istiqomah mengerjakan perintahNya....

salam alaik.... :)


Thursday, July 14, 2011

~Pulang ke kampunng halaman~




Assalamualaikum….

Alhamdulillah… Alhamdulillah…. Hingga ke saat ini, ku dapat bernafas.. atas nikmatNya yang tak terhingga… subhannallah… hingga tak cukup nak hitung bertapa banyak nikmat yg Allah kurniakan… Moga dengan nikmat yang Allah kurniakan ini, kiter syukuri=)

Apa khabar sahabat2 ….=) khaifa hal lukum? (dalam bahasa arabnya) Moga sehat hendaknya… sihat iman, sihart jiwa, sihat minda dan insyaAllah sehat semuanya…. lama dah tak update blog nie… maaf yer pd sesiapa yg singgah kat blog nie…

Saudara,

Dalam mengharungi hidup yang kian mencabar… kita sering mengandaikan sesuatu yang kita lalui itu membuatkan kita rase stress… baik yang kita harungi itu, perkara besar maupun kecil… itu lah yang selalu terlintas di benak fikiran kita… namun saudara…Allah adalah tempat kita mengadu segalaNya… Allah mengetahui segala apa yang terlintas di fikiran kita. malah Dia tak pernah meninggalkan kita… Dia sentiasa ada di sasmping kita... Dia tak pernah membiarkan kita sendirian…, bertapa besarNya rahmatNya…

Saudara,

Dengan mengingati pencipta kita, kita akan merasa tenang… kerana Dia tahu, kita sedang mengingatiNya. Malah Dia menyukai orang yang sentiasa mengingatiNya.. ingatan padaNya membuat kita sentiasa berwaspada atas segala tingkah laku yang kita lakukan, Semua yang ada di muka bumi ini adalah milikNya… kita sebagai hambaNya .. tidak berhak sama sekali ke atas milikNya..

Hmmm…cakap pasal ‘tidak berhak atas milikNya’ Sekarang sy masih berada di bumi Indonesia… insyaAllah minggu dpn sy balik ke Malaysia… housemate ramai dah balik… kiranya nak tunggu final exam result keluar n nak uruskan pemograman semester baru.. tapi semalam baru dapat info 27 hari bln ni baru sem kiter org dpt uruskan pemograman untuk semester baru.. hmm… btw, insyaAllah ada urusan lain yang harus saya laksanakan. Ini yang dikatakan Allah berhak dalam apapun.. dalam hal ini, Allah berhak menetapkan sesuatu yang kita rencanakan..

Malaysia dah melambai-lambai aku untuk terbang ke sana. Namun ada yang lebih dekat yang melambai-lambai kita, untuk terbang juga ke sana iaitu ajal kita.’ huh…. Gerun dengar perkataan ni’… sedang kita mempersiapkan diri untuk pulang ke Malaysia namun ada perkara yang lebih patut kita persiapkan. Sudah kah kita mempersiapkan bekalan untuk ajal kita?? sepertimana kita mempersiapkan diri untuk pulang ke kampung halaman kita..(Malaysia)

Apapun, Moga Allah sentiasa bersama kita di jalanNya.. walau dalam apa pun keadaan kita, baik kita dalam keadaan susah, perit, gelisah senang dan lapang. Kita inginkan Allah sentiasa bersama kita dalam keadaan apa pun. Jangan biarkan kita haus dengan kasih sayangNya. Kerana bila kita haus dengan kasih sayangNya. Hati kita akan resah.

Subhannallah, hingga saat ini .. nikmat yang Allah berikan begitu banyak sekali. Aku tak tau bagaimana lagi untuk beterima kasih padaNya.. kerana Dialah yang melimpahkan semua nikmat ini. Kerana Allah atas segalaNya. Dengan adaya cahayaMu, aku tak pernah merasa gelap dalam menuju ke arahMu. Betapa kasihnyaMu ya Allah pada hamabaMu yang kerdil ini. Walaupun ku sering kealpaan namun diriMu tak membiarkan aku terus dalam kealpaan itu. Alhamdulillah, betapa kasihnya diriMu pada hambaMu yang tiada apa-apa ini ya Allah. Ya Allah mogaMu tsabatkan hati ini untuk sentiasa berada dijalanMu. Amin amin ya Robbil ‘alamin..

Hari terus berlalu, di mana setiap saat di perhitungkan amal kita. Moga kita membuat persiapan yang cukup untuk pulang ke kampung halaman kita. kampung halaman yang kita impikan selama ini. Sehingga jangan ada yang meninggal bekalan penting kita iaitu iman dan amal serta sentiasa disirami dengan taqwa. insyaAllah, moga kita semua sentiasa berada di jalanNya.

Ingatan diri

Hamba kerdil

90..

Dalam meraih redhaNya….

Saturday, June 25, 2011

~Meningkat Usia.. menghampiri Kematian~


~Bertambah Saja Usia Kita Berarti Kita semakin dekat Menghampiri Alam Barzah~


Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat.Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T..

sahabat,

Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah dari suami atau isteri, anak-anak dan rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”

(Hadis Riwayat Tarmizi).

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."

(Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."

Dalam riwayat lain, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukkannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke Neraka.’’ Daripada dua hadis berkenaan, Nabi S.A.W. menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan.

Kita pasti akan beruntung atau rugi dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat. Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah S.W.T.. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.

Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”.

Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi terkejut yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.


Sayyidina Ali r.a berkata :

"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu behawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."

Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t.

Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :

"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"


Sahabat yang dimuliakan,

Imam Ali Zainal Abidin menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan: “Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.” ((Maanil Akhbar, hlm. 271))

Alangkah banyaknya orang-orang yang panjang umurnya, hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan akibat silaturahim yang dia lakukan. Dan alangkah banyak orang yang menempuh kesengsaraan hidupnya akibat memutuskan tali silaturahim. (naudzubillahmandzolik) Nash-nash agama dan riwayat banyak sekali yang menegaskan mengenai perkara tersebut. Kita sebutkan di sini sebagian saja.

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya ada orang yang menjalin silaturrahmi, yang sisa umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah menambah umurnya menjadi tiga puluh tahu. Dan ada orang yang memutuskan silaturrahmi, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. Kemudian beliau membacakan firman Allah swt: ‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).

Rasulullah saw. bersabda: ‘Silaturahim mempermudah hisab dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”‘Saydina Ali bin Abi Thalib k.w berkata: “Sesungguhnya sumpah palsu, dan memutuskan tali silaturahim mengakibatkan rumah,rumah ditinggalkan oleh penghuninya.”Beliau juga mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah dari dosa-dosa yang mempercepat kebinasaan.”Lalu ada salah seorang yang berdiri sambil bertanya: “Wahai Ali, adakah dosa yang dapat mempercepat kebinasaan?”Beliau menjawab: “Ya, celaka engkau, memutuskan tali silaturahim.”(naudzubillah man dzolik)


.:Alhamdulillah keranaNya saya masih terus boleh bernafas hari ni….. meningkatnya usia Menghampiri kematian....dan menanti panggilanNya…. Kepada sahabat-sahabat…. Di jalanNya ku pohon kemaafan atas khilafku. Kalau ada yang tersilap kata, tingkah laku, terkasar bahasa dengan kalian semua….dan jazakillah khair pada sahabat-sahabat seperjuangan saya Kak Nur, Kak Long, Ara, T’ah,Anim, dek Sarah…. Syukron khosiron… pada semunya syukron khosiron... masih banyak lagi yang saya perlu pelajari dalam pengembaraan hidup ini... banyak kurangnya.... dengan adanya kalian... ku banyak pelajari seribu satu perkara... yang banyak mengajar mengenaliNya... subhannallah.... Kalian banyak membantuku dalam mengharungi hidup ini.... Sepanjang berada di madrsah tarbiyah ni. Allah uji kita berbagai macam ujian subhannallah, sekaligus dalam mengharungi liku2 kehidupan yang serba mencabar ini, ku pohon moga Allah sentiasa eratkan ikatan ukhuwah kita. dan moga kita terus tsabat di jalanNya. .:


Azan ashar mengalun

Mengantar langkah

Berjalan menghitung nafas

Dan makna sebuah perhelatan

Dalam matematika amal kehidupan

Gerimis basah

Daun-daun basah

Tanah basah

Tapi langit cerah

Mengantar ajal

Menengok kubur sendiri

Bukan hitungan angka

Pandangan kasat mata

Tapi sebuah sumur hikmah

Dalam tak tergali

Umur bertambah usia berkurang

Sebuah perjalanan jiwa

Pandangan semesta

Muhasabah yang belum selesai

Ya Allah…

Bimbing aku meniti takdir-Mu

Jalan-Mu

Cahya-Mu

Ahir tujuan

Sebuah keabadian

Sebuah kesenangan

Kesenangan yang abadi

Ya Roob

Aamin

Aamin ya Robbi…!

(Syukron ya Allah

atas anugerah yang melimpah

atas nikmat yang meruah

meski syukur begitu lemah

beri hamba kekuatan

melawan diriku

jiwa yang beku

untuk terus melangkah

untuk sampai di pelataran ridho-Mu

untuk masuk ke dekapan cinta-Mu

pada-Mu ya Rabb

untuk-Mu…)



Ingatan diri dan sahabat2 semoga dengan baki umur kita yang masih tinggal ini untuk mempertigkatkan amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja dakwah dan kebajikan, jadikan setiap saat berlalunya masa di isi dengan pahala dan menghampirikan diri dengan Allah S.W.T.

insyaAllah…..