Saturday, August 30, 2014

~Sepalit Jahiliyah~



Assalammualaikum.. ah chim.. bersin. *_* Alhamdulillah.. dah lama jari-jemari ni tak menari-nari di pentas keyboard. Alhamdulillah.. Allah masih memberi nafas pemilik jiwa ini.
Andai lautan sanggup aku renangi 
inikan pula cinta yang seejati..
ALLAH..
Sob.. sob.. sob.. rinduuu.. rinduu saat ini, tersalitnya kaca jahiliyah.Bait bayangan jahiliyah menghantui liku-liku hidup. Air jernih kering, dek cemaran jahiliyah yang menggunung. ALLAH.. ALLAH, hanya itu yang hamba ungkapkan. Astaghfirrullahhal 'azim. Asstaghfirrullahal'azim.
     Gerabak yang panjamg mentarbiyah hamba mengenal-NYA 'Cinta Sejati'. walaupun di hiasi dengan mehnah-mehnah dunia menyebabkan lidahku kelu. Kata 'A had' yang di ucapkan oleh seorang hamba yang telah di merdekakan oleh sahabat baginda telah menggegarkan dunia. masih tidurrr lagi ke wahai Al-insan. 'Islam tidak akan sampai ke kita hari ini, sekiranya baginda tidak berpulun-pulun menyampaikan Al-Haq kepada insan bergelar 'hamba dan khalifah' dan dengan rahmat Allah juga Islam kita dengar sri sampai ke kita hari ni.
      Luka-luka itu, Allah sapu ubat dengan ayat cinta-NYA. namun, sejauh mana seketul hati itu sensitif dengan ayat-NYA. hati yang aslinya bersih, kini tersalit dek jahiliyah yang membusuk. cuba basaahkan semula hati yang kering itu. hanya dengan ayat.NYA.
"Wahai jiwa yang tenang, kembali kepada tuhanmu dengan jiwa yang redho lagi diredhoi-Nya" 
(QS:90:27-28)
    Di mana tempat yang layak bagi batu-batu kerikil yang tajam-tajam, bau-bau busuk yang menyenangkan, duri-duri yang tajam, nanah yang mendidih. pasti api layak tempatnya. haaaaaa.
      Begitulah sekiranya jiwa kita, hati kita, diri kita, secara fitrahnya adalah bersih. namun apabila telah di cemari oleh palitan-palitan jahiliyah  yang mewarnai hati yang pada awalnya bersih,suci sejati telah menghantarkannya ke lembah kebinasaan.
    back HOME. Sang Pemilik 'HATI' Who r u? U r.....
 Back to ALLAH. U can get answer..(.....) in shaa Allah.


Friday, September 13, 2013

* Irama perjuangan*



*Terus Melangkah*

Dalam langkah aturan langkah..
Hembusan nafas tanpa suara  berlagu.
 iringan lantunan iman dan Taqwa
Seiringan Tarbiyah-NYA.

Tika itu,
Nada doa  terhembus laju
Nafas Syahadah memenuhi jasad
Calaran fitnah, calaran jahiliyah,
Sucikan dengan aliran Taubat.
Jihad peneman abad.

Gelora cinta Redho-Nya
firdausi dalam penantian.
Janji-Nya yang pasti.

Kobarkan pengorbanan,
Dalam hikmah-Nya memenuhi alam,
 Dalam Hikmah-Nya memenuhi ruang.
Dalam luka pasti ada kemanisan
Dalam duka pasti ada kepahitan
Dalam suka pasti ada keasinan

-Syuhada 90-

Monday, June 11, 2012

~Allah best 4 us~


            InsyaALLAH Allah  know what best 4 us.. la tah Dzon.... Allah tempat kita mengadu serta bermanja... Thanks Allah give d best for us.. Pimpin kami di jalanMu ini...


        Assalamualaikum warahmatullah, lama dah jari-jemari nie tak menari di atas pentas keyboard berhiaskan abjad yang  tak kering tintanya namun tak  kan pernah menandingi tintaNYA.. Apa khabar semua.. semoga sehat hendakNYA.. Jom senyum :)) semoga dengan hendakNYA.. hati penuh terhias dengan  cintaNYA..

           Alhamdulillah, sekali lagi di beri peluang untuk merentas kata-kata di skrin, dengan desus nafas yang kadang-kadang melaju dan terkadang perlahan, Suatu hari ia akan terhenti dengan hendakNya... malah tak sampai pun satu hari.. kapan2 sahaja DIA akan panggil.. dan tiada seorang pun tahu akan waktu,saat,masa panggilanNYA itu.. sama ada hambaNya bersedia atau pun tidak... Jom kita sama-sama mempersiapkan diri untuk bertemu denganNYA:))

          Setelah sekian lama menghirup free air di bumi tarbiyahNYA (Surabaya zon).. terungkap kata tak 'lama lagi nak exam'.. final exam untuk semester nie.. namun, bagaimana dengan ujian dariNYA??? ujian yang sering kali diri ini failed.. dan tak tahu lulus ke tak.. terima ke tak di terima, hanya DIA yang tahu dan DIA  menilainya..
                Dalam  langkah menuju jalanNya.. dalam langkah menuju redhoNYA, dalam langkah menuju cintaNYA di sosok hamba akan di uji,dan di uji dan akan terus di uji.... seperti mana firmanNya:

 "Apakah  mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak di uji "
(QS:29:2)
            Menuju jalanNya, akan terus di uji. langkah ini akan di harungi dengan ujianNYA.. ujian hamba yang  ingin mendapat cintaNYA, menuju jalanNya, mendapat redhoNYA, memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bukan satu keberatan atau bebanan buat hambaNYA namun ia satu cara untuk menuju jalanNYA, namun DIA tidak menguji hambaNYA melebihi kemampuannya, seperti mana firmanNYA:

"Allah tidak akan membebani hambaNya sesuai dengan kesanggupan hambaNya"
(Al-Baqarah :286)
          Sweatnya aturan ALLAH.. Dia tahu kita dapat mengharungi ujian yang DIA berikan dan DIA juga tahu tahap kemampuan kita...:)) Dia sangat  memahami, DIA tak kan memberikan ujian melebihi kemampuan kita.. namun bukan mudah untuk mengharunginya, dan tak mustahil dapat mengharunginya oleh yang demikian Allah suruh kita 'sabar serta ikhlas' mengharungi ujiannya, seperti mana firmanNya:

"Hai orang-orang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar"
 (Surah Al-baqarah :153)
       Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar serta ikhlas atas ketetapanNYA. Allah mengatur sesuatu sesuai dengan ketentuanNYA..ALLAH Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. jangan pernah merasa jemu dengan ALLAH.. 
          
               Semoga apa yang terurai dari kata-kata di atas menjadi peringatan untuk diri penulis terutamanya dan sahabat-sahabat yang singgah di blog yang usang nie.. insyaALLAH, semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita dalam bersama-sama mengharungi liku-liku hidup di wahana persinggahan ini untuk menuju kehidupan pengakhiran yang abadi.. segala yang baik datang dari ALLAH dan yang kurang dari diri  yang sentiasa dan harus di perbaiki...


   Hakikat susuk manusia yang tak pernah lepas dari kesilapan dan sentiasa serta harus memperbaiki diri. ana mohon maaf  atas segala-galanya, kepada sesiapa mengenali diri, kepada miqdadian RI housemate dan akhawat2 di mana sahaja berada. thanks 4 everything kerana Allah hadirkan antunna dalam diri ini.. Antunna sebagai butir2 mutiara dariNYA.. kehadiran antunna hadirnya ruh-ruh mujahidah dan Semoga ALLAH mempertemukan kita semua denganNYA serta para-para kekasih-kekasihNYA di suatu medan yang dijanjikanNYA kelak..

~'i'm nothing without ALLAH, but ALLAH  everything  4 us~


                 

Friday, May 4, 2012

~SinaranNYA masih ada~

Assalammualaikum Warah matullah...



Apa khabar semua............ :) semua sehat.... semoga semua sehat hendakNYA... insyaALLAH
Lama dah jari-jemari tak menari-nari di layar kaca yang kian lama menyepi nie..
asiffun jiddan.. tiada rezeki untuk melakar kata-kata di layar nie, sejak dua tiga hari menyepi.. eko sistem sumber daya manusia tak berapa mengizinkan..:) Alhamdulillah, sekarang masih di beri kesempatan untuk melakar lingkaran kata yang lama menyepi nih..

hmmmm :) menyepi.. kata ini tak pernah sepi dari kesunyian jika ada DIA di hati. betul ke? diri ini tak pernah rasa sepi, tak pernah rasa sunyi, malah tak kenal rasa sunyi, sepi pun kalau ada DIA di hati, kalau ada DIA di sisi, kalau ada DIA di samping diri ini betul ke?? ehem.. siapa DIA??.. macam-macam yang terawang-awang kat ingatan sekarang nie ea.. mesti lah DIA yang teristimewa....

DIA lah yang istemewa..
DIA lah yang sepesial..
DIA lah sinaran hatiku..

Bila sebut nama DIA... macam-macam rasa ada....
                                                                               
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
                                                                                                                              (Q.S: 8. Al-Anfal: 2)

Wah... 'Sepecial betul DIA', mestilah sepecial.... DIA yang kejutkan setiap hari tau, pagi-pagi lagi dah DIA dah kejutkan...."Allah hu akhbar..Allah hu akhbar" "Alhamdulillah, kerana masih di beri peluang mendengar panggilan DIA, terima kasih kerana kejutkan saya" kalau saya mengantuk, letih, penat sangat ke DIA bagi  rehat... Setiap hari DIA bagi oksigen percuma pada saya, bukan nak kata sehari setiap detik DIA bagi oksigen pada saya.. tak yah bayar sesen, semakin meningkat usia, tahun.. tak ada DIA minta bayar, bayangkan minyak, minyak yang di gunakan untuk memasak, yang di gunakan untuk isi kenderaan b'motor.. semakin hari semakin naik hargakan.. tapi oksigen yang di gunakan sehari-hari tak naik-naik pula harga..  jangan nak kata bayar.. harga pun tak de. banyak lagi  yang DIA bagi... kalau nak tulis kat sini tak cukup, banyak sangat-sangat... sehingga tak terhitung banyaknya apa yang DIA bagi. itu lah DIA... subhannallah...

Ada masa gembira, ingatlah DIA.. kerana DIA beri gembira..  ada masa sedih.. DIA tahu kita sedih, malah DIA lebih tahu, kalau sedih sangat2, DIA suruh ingat DIA.. confirm kalau ingat DIA hati akan tenang balik, DIA tau je ape yang kita lakukan.. tak yah call DIA.. DIA dah tahu dah... kerana DIA 'Maha Mengetahui'

siapa DIA tue???

DIA lah yang Maha mengetahui...
DIA lah Maha kuasa atas segalaNYA...
DIA lah yang mengusai seluruh alam ini..

Jom mari kita Mengenali DIA dengan lebih  dekat...
DIA tak pernah menolak siapa yang ingin berkenalan denganDIA..
DIA sangat istemewa...
DIA lah sinar yang tak pernah pudar, yang tak pernah malap dalam denyutan nadi yang tak pernah henti, walau sesaat...

Jangan pernah merasa kesepian, DIA sentiasa ada.. sekiranya pernah merasa diri ini tak berpeluang untuk memperoleh  sinarNYA.. yakinlah DIA ada sinarNYA..

ALLAH ada......
Tidak ada satu pun yang akan terlepas dari pandanganNYA..

~ALLAH lah segalaNYA bagi hambaNYA~

DIA masih ada buatmu....

Thursday, March 22, 2012

~Love letter ~

      Assalammualaikum semua... sehat semua.. semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat pada hambaNya.. :)  lama tak jalan-jalan kat blog nie... sibuk ape lah cik nie ea..:) sibuk dengan hal dunia  ke, ke  lebih sibuk ngan akhiroh .. think  in ur iman.. did'nt answer here... 

Dalam kita melangkah di bumi  fana nie.. pernah tak rasa nak full stop life........ did'nt think anything again.. 


But Allah have s'thing:

ö@è% bÎ) óOçFZä. tbq7Åsè? ©!$# ÏRqãèÎ7¨?$$sù ãNä3ö7Î6ósムª!$# öÏÿøótƒur ö/ä3s9 ö/ä3t/qçRèŒ 3 ª!$#ur Öqàÿxî ÒOÏm§ ÇÌÊÈ  
 Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 Allah Love U...
La toh Dzon.. I'm cry... :( i don't know ..s'thing happend 2 me..i'm failed...haaaaaaa hati.. astaghfirrullah hal a'zim... saya tak kenal hambaMu(hati) dengan benar ya Allah.. ya Allah... ya  Allah.. ampuni hamba ya Allah... 
      Tika zaman kian berubah, hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat, koma ke noktah.. mengapa... mengapa.... dan mengapa... mata ini semakin hari semakin kabur di balik silam yang lama... di mana, future silam yang gemilang itu telah di lakar dengan jitunya kini hanya menjadi kebanggaan tanpa meneruskan di hemah ke  kegemilangan itu.. kebanggaan yang di padamkan dengan kejahilan.. astaghffirrullahhal'azim.. ampuni hamba ya Allah.. berikan kekuatan pada hamba untuk memadamkan kejahilan itu... hamba tak mampu tanpaMu... love U so much Allah.. i'm nothing.. All from You... All nikmat from U.. You did'nt need me... but hamba saaaaaaaaaaangat need U.......
          Hamba bukan siapa-siapa... malah malu diri ini untuk mengaku sebagai 'hambaMu ' hamba tak melaksanakan amanahMu dengan sebaikNya... 
          Sungguh... sungguh... Engkau telah mencipta bermacam-macam kejadian.. kejadian yang diliputi berjuta-juta hikmah serta nikmat... cuma hamba yang tak mensyukuri nikmatMu.. hamba belum benar-benar layak di gelar 'hambaMu'.. hamba selalu mengeluh dengan ujianMu.. hamba tak melaksanakan amanahMu dengan sebaiknya.. malu rasa diri ini... Allah give anything nikmat 4 hamba..  terutama nikmat yang paling besar ialah nikmat 'islam dan iman'. nikmat yang tak boleh di jual beli.. tak de jual kat pasar.. try tanya ngan pak mail ke... makcik kiah ke yang berjual kat pasar.. "ada tak jual Iman dan Islam" tak de.. so  mana nak dapat nikmat nie?? sangat beruntunglah siapa yang dapat nikmat nie.. one times nikmat nie boleh ditarik balik ... naudzubillah min dzolik.. sungguh.... sungguh kerdil hambaMu ya Allah..

          Namun, Pemilik nikmat tue tak menzalimi  hambaNya... Dia sangat saaaaaaaaaaaaayang dengan hambaNya.. Dia telah mengingatkan hambanya sejak awal kejadiannya lagi... malah Dia telah titip  hambaNya dengan Ayat cinta                         (Al-Qur'an)Nya... sweatnya Allah. Ayat cinta itulah yang akan jadi tatapan dan panduan utuk melangkah di pentas yang fana nie..


~Don't be late... take love letter~

....Meniti RedhaMu....


Monday, March 12, 2012

~Madah Hawa~

           Hawa,
           Andai engkau masih remaja,
          jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
          andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
          andai engkau adalah ibu, didiklah anakmu
         sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
             
         Hawa,
        Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,
        ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
        Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
        kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
        maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan
        sekaligus disusuli dengan pertemuan
        takut  lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

               Hawa
               Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
               lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
               lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,
               serta kemampuannya  mengoncang iman lelaki.
           
              Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
              peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
              Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang
              bukan muhrim kerana  dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk  
              mengodanya.
              Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat
             dalam sebuah  pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
             Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu,
             kuatkan  pendirianmu.
         
            Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
            cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
            biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
            memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar
            cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

            Hawa..
           Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
           cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
           Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
           Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang
           bahagia selain dari cinta keluarga.      
           Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

~nukilan hawa~

Sunday, March 4, 2012

~Hemah sepanjang jalanNya~

~SELAMAT MELANGKAH KE SEMESTER BARU ~





Sudah bersediakah anda untuk menjalani semester baru ini?? sudah pasti kah..benar-benar pasti… sudah bersedia.. mari kita sama-sama prepare mental dan fizikal yang akan sentiasa dalam rahmatNya, insyaAllah… dalam meneruskan nafas yang tersisa nie berbagai ujian yang akan di tempuh.. apa pun banyakkan bersabar dan sering muhasabah diri dengan nafas-nafas yang dihembus sebelum ini.. remember satu ayat.. “Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas hingga saat ini,so jangan lepaskan peluang ini, gunakan sebaik mungkin, sebaiknya mengikut syariatNYA.. bukan mengikut skema diri ini” orang yang berkeinginan berada di jalanNya bukan suatu yang mudah, dan bukan juga suatu yang sukar dan bukan hanya di pandang sepele tapi tidak juga mustahil, sesiapa yang benar-benar, bersungguh-sungguh ingin berada di jalanNya.. insyaAllah, DIA akan membantu, memudahkan orang yang benar-benar ingin berada di jalanNYA.. kerana apa???? Kerana segala-galanya milikNYA.. segala-galanya milik Allah. Tiada satu pun kita punya, semuanya milik Allah, repeat this word.. ‘milik Allah’.. so apa yang menjadi milik kita??? apa sebenar yang kita peroleh dan apa sebenarnya hasil dari usaha yang kita dapat selama ini?? itu bukan kita punya kah…realitinya benar… manjadda wa jadda.. betul ayat nie.. tapi ada tapinya.. ingat balik “wahai diri… sedarlah, kau tak punya apa-apapun… nak menaip nie pun, bukan kau yang punya… kekuatan ini datang dari Allah… sedarlah.. u r nothing.. but 4 rahmat Allah.. kau diberikan nikmat yang cukup.. apa lagi yang kau nak sebenarnya…hah.. tak cukup kah nikmat yang Allah berikan pada kau.. nikmat apa lagi yang kau dustakan?? Huhhh terhempas jatuh..pup..pup..pup… yang sebenar-benarnya, sebenar-benarnya ialah diri ini memang.. bukan memang lagi betul-betul memang kita is zero,kosong,sifar,nothing.. tak de pape.. ingat selalu ‘diri ini tak ada ape-ape’ boleh je Allah nak tolak kita cam tue je, pas tue terus rebah.. sama ada, kita dapat bangun atau tidak setelah rebah tue.. itu juga kekuasaan Allah yang punya, hanya DIA je dapat beri kita bangun atau terus rebah siapa kita sebenarnya.. khalifah, hamba… yes ur r right.. kita adalah hambaNYA.. kita khalifah di muka bumi ini.. seperti mana firman Allah:



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-baqarah:30)

Jelaskan... kebenaran itu ada dalam surah al-baqarah ayat 30. dah t’catat dalam surat cintaNYA.. ayat ni Allah tuju pada makhluknya yang memegang gelaran ‘manusia’ apa lagi yang di ragui wahai hati.. secara fitrahnya hati manusia sering berbolak-balik.. tapi, kita tak naklah menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak boleh menjadi khalifah di bumi.. namun bagaimana membuktikan kebenaranNYA?? wallah hu alam… tepuk dada tanya iman, hanya iman yang mampu menjawab.. tergantung diri, Allah telah membuka dua jalan.. jalan kebenaran dan kefasikan.. sama ada nak pilih jalan kebenaran atau kefasikan, tergantung diri kita... jadi, betapa cantiknya Allah kan.. DIA bagi pilihan lagi dengan kita... kita sendiri je lagi, tinggal pilih. Nampak di sini Allah sangat saaaaaaaaaaaaaaaayang dengan hambaNya...







Baiklah, sampai sini dulu.. peringatan diri yang sering alpha dan tak kan terlepas dari melakukan kesilapan..

Wallahhualam..

<3 Meniti jalanNYA <3

Tuesday, February 21, 2012

.: Tiket kita telah di boaking :.



Assalammualaikum..

Apa khabar semua…*_* mulakan hari kita dengan kalimah Bismillah.. semoga sahabat yang singgah di tinta nih sehat hendaknya, Sehat jasmani dan rohani. bilamana ia merupakan suatu nikmat yang tak terhingga yang Dia kurniakan pada hambaNya..
Sahabat, bangun dari tidor.. ape je kita buat ek… tengok hp, buka lp, g toilet tgk jam atau ape-ape yang kita akan lakukan.. apa yang penting, buka je mata kita nak teruskan kehidupan seharian yang kita lakukan sehari-hari betulkan?  Btw, masing-masing ada tugas yang perlu di laksanakan, di jalani dan patut, harus dan malah wajib dilaksanakan… ada yang g sekolah, ada yang pergi pejabat, pergi pasar, dan macam-macam lg destinasi yang kita tuju setelah selesai bersiap untuk pergi ke destinasi yang di tuju itu..
Dalam kita sibuk melaksanakan tugas atau pekerjaan seharian yang kita lakukan, kita tak pernah dan sekali-kali tidak akan pernah di tinggalkan oleh yang satu ini. ia selalu mengiringi kita, walau di mana kita berada, walau apa pun yang kita lakukan ketika itu ia tetap mengiringi kita..malah tika ini, saat ini ia juga mengiringi kita.. ia sekali-kali tidak akan membiarkan kita begitu sahaja.malah sesaat pun ia tak pernah melepaskan kita. seperti mana firmanNya.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukan.”
(Al-a’raf:34)

Apa kah yang di maksudkan itu sahabat? Ia sering kali memperingatkan kita, peringatan itu akan kita lihat jelas ketika sekelompok atau sekumpulan manusia yang mengusung suatu jenazah ke tanah perkuburan. di mana tempat itu adalah asal kejadian manusia, dari segala sumber makanan seharian kita di jadikan permulaannya dari situ juga,jelas di sini akhirnya kita balik semula ke tempat asal kita. ini sunnatullah, tiada siapa yang akan terlepas. Baik yang berharta, berpangkat, berdarjat, ternama, berkepentingan tukang-tukang dan apa-apa segala tukang semuanya akan kembali ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, terima atau tidak, bersedia atau tidak.. ia akan datang juga pada kita. kita tak kan sempat berkata “ eih.. tunggu sekejap, aku tengah buat kejer nih.. tak nampak ker” kita tak kan sempat berkata apa-apa .
Saat manusia leka menikmati kehidupan, bersuka ria, bermain, dan melaksanakan segala rutin harian, sedar tak sedar kematian akan datang meluru, menerkam, menyerangnya.. tak dapat kita bayangkan, bagaimana kematian itu menjemput kita. tatkala itu, tubuh akan menjadi lesu dan lemah, suara semakin hilang. Sendi-sendinya menjadi kaku dan kejang. Seluruh badannya ddi landa kesejukan yang amat sangat.
lalu bergemalah detik kematian, mengkhabarkan bahawa ia semakin hampir untuk meninggalkan dunianya. Sesudah itu, segala lembaran amalannya akan di lipat kemas dalam keadaan denyutan jantungnya semakin lemah. Tika itu kita tak sempat lagi menyapa sesiapa. kini, satu persatu tanda-tanda kematian hadir menjamah tubuh, wajah bertukar menjadi pucat kekuningan, hidungnya tunduk jatuh, manakala mata peglihatan dan pendengarannya pula menjadi semakin kabur dan berat, lidahnya pula menjadi bungkam, kelu, bisu..
Hanya iman yang mampu bertarung di saat kematian datang itu, kerana saat itu juga sang iblis laknattullah, bersama bala tenteranya datang untuk menggoda serta menghuru harakan atas manusia yang sudah terkulai lemah. Seperti janji iblis dengan Allah, iblis akan berada di hadapan, belakang, tengah, hujung di semua sudut.. Bersama iblis datang juga dua syaithan menyerupai wajah ibu dan ayahnya, mengambil sebelah kiri dan kanannya, apa sebenarnya helah musuh Allah nie?? musuh Allah memusuhi manusia sampai ke ajalnya.
Ajal, sesuatu yang pasti dan tentu pasti datang kepada semua makhlukNya. Kita semua akan kembali padaNya. Sebagaimana kita datang dan tentu kita akan kembali padaNya. Sama-sama kita memperingati diri kita. siapa tahu sesaat ini, selangkah selepas ini malah tak sampai selangkah kita melangkah ajal pun menjemput kita.. seperti apa kah, bagaimana , bila dan di mana ajal itu datang? Tidak dapat kita persoalkan.. yang pasti dan tentu pasti akan terjadi pada kejadianNya.. jadi jangan kita tinggalkan ia dalam poket,kocek,beg dan berbagai lagi tempat yang boleh kita simpan dimana kita hanya memperingati atau membuat persediaan yang betul-betul tepat pada waktu yang kita rasa sesuai untuk mempersiapkan diri atas jemputan.
Berbahagialah… kita semua telah di tempah tiket untuk ke sana, bila, di mana ?? itu yang kita tak tau..jangan sedih pula, ia pasti dan tentu pasti.. sama-sama kita mempersiapkan diri kita untuk ke sana. *_*





InsyaAllah, Moga ia manfaat untuk kita.. peringatan diri yang sering alpha..destinasi yang pasti kita tuju. -jiwa hamba.. bernafaslah dalam jiwa hamba.. akui dan yakini.. insyaAllah… pasti tampak sinarNya…

~زينون فىلارض ~

Wednesday, February 8, 2012

~Law Ka na Bainana (Andai baginda bersama kita)~

Bismillahirrohmannirohim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah atas kehendakNya kita bisa bernafas hingga ke saat ini. hmm, agak nya dah berapa saat, minit, jam, hari, bln,tahun kita duk kat pentas Allah nih.. tepuk dada tanya iman???? pernah tak kita terfikir?? Apa sahaja yang telah kita lakukan utukNya??… apakah sudah terbayar segala nilmatNya?? Apakah telah ku terlaksana segala perintahNya dengan sebaiknya??? Sebanyak mana, setinggi mana, setebal mana? apakah yang kita lakukan itu… SEGALANYA KERANA Nya??.. hati telah menjawab segala persoalan itu….

Alhamdulillah, Allah telah memberikan peluang pada kita duk kat pentas ini hingga saat ini..maaf, kalimat kali ini agak menegas... Bukan bermaksud apa-apa, Cuma memperingati hakikat diri yang sering alpa.. Sahabat yang ku kasihi sekalian..agak lama kalam ini membisu,namun semoga hati-hati kita tak membisu dari kalamNya, insyaAllah...Sahabat.. baru-baru nih kita baru menyambut hari kelahiran junjungan kita, baginda Rasulullah S.A.W.(Maulidur Rasul) kan.. apa perasaan kita apabila menyambut hari kelahiran baginda gembira..sedih..terharu… segalanya ada. Walau pun kita tak pernah berjumpa baginda tapi, apa bila mendengar nama baginda,baginda adalah utusan Allah… Subhannallah. bukan calang-calang manusia.yang sepertinya, patut menjadi idol dalam kehidupan kita hari ini.. Mari, mari kita sama-sama memperignati pengorbanan baginda terhadap addin ini.. tidak ada kata terlambat untuk memperingati baginda, memperingatinya, bukan hanya sebatas tika hari kelahirannya sahaja, tapi seharusnya setiap saat nafas kita terhembus di muka bumi ini,

Kerana apa kita harus memperingati baginda?? Bayangkan baginda bersama kita.. apa perasaan kita?? mari kita sama-sama hayati Video nih..





Baginda s.a.w sangat sayangkan umatnya.. bagaimana dengan kita?? adakah kita mengikuti ajaarannya,sunnahnya, segala tauladan yang baik yang Rasullah amalkan dalam kehidupan sehariannya?? adakah itu sahabat...jika itu,Alhamdulillah.. mudah-mudahan Rasulullah menjadi Idol tauladan,contoh, qudwah, kehidupan kita.. not Malaysian idol but life idol.. jadi bagaimana?? setuju tak..Sahabat yang di kasihi Allah sekalian,kita bebas memilih untuk menjadikan siapa idol life kita.. namun pilihan yang tepat di tangan sahabat sendiri..
Renunglah kembali,Pengorbanan baginda...mana mungkin, kita melepaskan sisa-sisa hidup kita yang Allah kurniakan ini dengan sia-sia...kita ingin kebaikan, kita ingin kesenangan,kita ingin segala apa yang kita inginkan.. namun dari mana kita dapat keinginan itu semua...?? dari mana?? segalannya dari pencipta kita Allah aja wa jalla.. Subhannallah... bertapa sayangnya Allah pada kita.. DIA beri apa yang baik untuk kita.. lihat sahaja pada diri kita sendiri, segalanya bermanfaat untuk kita mengharungi seharian hidup kita.. Subhannallah..

Marilah kita rebut peluang ini,sisa-sisa nafas yang ada kita gunakan untuk meraih RedhaNya...tiada siapa mengetahui saat ajal menjemput..walau sesaat,seminit tak kan berkurang saat ajal menjemput...
Segala yang baik datang dariNya..segala yang kurang dari diri sendiri sebagai hambaNya yang kerdil... insyaAllah... Moga Allah sentiasa bersama kita setiap saat,setiap menit hembus nafas kita walau di mana kita berada.. insyaAllah...

Sunday, January 22, 2012

~Ingatan padaMU meleraikan bisikannya~




Ya Allah ya Robbill'alamin...
Alhamdulillah hingga ke saaat ini, Allah masih memberi peluang pada saya dan sahabat-sahabat bernafas dalam jiwa hamba.. yang tak terkira nilainya. Sahabat, sudah lama saya tak up date blog nie ,sekali lagi asiffun jiddan pada yang singgah di tinta yang hambar nih.. sedikit perkongsian tentang diri kita, amal kita, dan suatu yang menjadi kewajiban pada seorang muslim. Apa dier.. yang dimaksudkan ialah ‘Solat itu dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran’… seperti mana firman Allah S.W.T :


“Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-ankabut:45)

Dalam ayat nih Allah menerangkan tentang “Al-Quran menyucikan jiwa manusia”. Wah.. bila baca ayat nih.. subhannallah, hebatnya Allah, dengan membaca AL-Quran je boleh menyucikan hati.. boleh menyucikan jiwa wah.. cam ne tuh..??? bagaimana Al-Qur’an boleh menyucikan jiwa.. bagaimana jiwa tuh boleh suci dengan membaca Al-quran. Tiada yang suatu yang mustahil bagi ALLAH.. Allah Maha mengetahui segala kejadianNya.. dan Allah tak pernah t’lepas pandang pun dengan apa yang Dia ciptakan.

Al-qur’an adalah suatu wahyu yang Allah turunkan pada nabi Muhammad S.A.W. Jadi jelaskan, Al-Qur’an bukanlah suatu rekaan manusia semata-mata, sepertimana mana yang di anggap oleh orang arab jahiliah dahulu Al-qur’an itu hanya rekaan, cerita dongengan dan berbagai lagi sangkaan terhadap apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah S.A.W. Subhannallah, luar biasa sekali, dengan membaca Al-quran, jiwa boleh bersih, tak payah cuci pakai clorox yang membersihkan atau menanggalkan suatu tempat yang kotor. Maaf.. nak sucikan jiwa baca Al-Quran dan cuba fahami ayat—ayat yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Bila kita memahami, akan mudahlah kita untuk mengikuti apa yang telah tersingkap dalam al-quran tersebut.

Selaian dari itu, Dalam ayat nih Allah suruh kita “dan dirikanlah solat..” kenape kita perlu dirikan solat.bukan cukup ke dengan membaca AL-quran tadi..hmmm belum cukup,so nak cukupkan tadi, Allah top upkan lagi cara untuk kita lebih menyucikan jiwa. iaitu solat.. “ Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran” jadi dengan membaca Al-qur'an tadi, dapat menyucikan jiwa..dah suci Allah hadiahkan,sarankan pada kita untuk solat(mengingati Allah) hmmm.. betul ke.. biasa yang kita dengar solat tuh, solat lima kali sehari semalam (maghrib,isyak,subuh,zohor,asar) kan. Cukup time tu je ker kiter solat?? Betul, solat di wajibkan lima waktu sehari semalam n time tue solat yang di wajibkan.. jadi nak katakan bagaimana solat dapat mencegah seseorang dari melakukan kekejian dan kemungkaran tadi?? mari kita telusuri sama-sama. Dari kata solat itu sendiri, apa masksud solat?? Solat itu adalah suatu perbuatan yang mengingat Allah. jadi dari kata solat itu sendiri, bearti kita mengingati Allah, jadi maksudnya di sini semasa solat lima waktu tuh, kita ingat pada Allah. mengingati pencipta kita, pemberi nikmat pada kita dan pemberi segala apa yang kita dapat selama kita bernafas di pentas fana nih.. jadi, bila kita ingat Allah (Penciptanya) secara automatik menggerakkan hati kita, diri kita untuk tidak melakukan laranganNya. Inilah yang di katakan solat dapat mencegah diri melakukan kekejian dan kemungkaran. Di sini juga terdapat jiwa hamba. Hamba kepada Pencipta yang telah menciptakan kita, fitrahnya seorang hamba akan malu bila melakukan laranganNya. Subhannallah, hebatnya…, bila mana seorang hamba malu dengan tuanNya, malu melakukan kekejian, malu melakukan kemungkaran, maka terlerailah ikatan bisikan iblis (syaithon) pada hambaNya.

Jadi ini lah manfaatnya bila kita mengingati Allah, Kita dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran. Besar manfaatnya, tak yah top up kredit nak call Allah.. directly Allah dah dengar keluhan kita, Allah dah tahu apa yang terselit di hati kita , di benak fikiran kita. Allah tahu semuanya. event, berada di tempat yang tersembunyi, Allah tahu..Bila kita ingat Allah.. insyaAllah Allah akan ingat kita, akan melindungi kita dan kita dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran. insyaAllah...

Wallah hu a’alam bissawab.. segala apa yang baik datang dariNya dan yang kurang dari diri sendiri.. Moga manfaat buat semua.. kita cuba amalkan dalam kehidupan seharian kita ..semaikan dalam diri, bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita. dan tak sesaat pun kita terlepas dari pandanganNya..

~bertatih bawah tarbiyahNya~

Sunday, December 18, 2011

~Nawaitu~

Assalamualaikum, apa khabar sahabat semua…Semoga semua sehat hendakNya.. insyaAllah.. Baiklah sahabat sekalian..:) sekarang dah pukul 12.50 mlm WIB..k di mana pun kita berada.. di pasak apa pun..selagi di buminya Allah kita masih dalam iradatNya..Sering kali kita membicarakan sesuatu yang kita lakukan, mesti ada tujuannya, mesti ada sebabnya.. ape yang ingin kita lakukan pasti ada awalnya dan pasti ada impaknya tersendiri berdasarkan ape?? jom.. kita dengar jap lantunan suara nih..




Setiap yang akan kita lakukan setiasa diawali dengan niat…niat yang akan mencerminkan tindakan yang kita lakukan... Sabda Rasulullah S.A.W..

“Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat, dan setiap orang mendapat balasan amalnya sesuai dengan niatnya. Siapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka dia akan mendapat pahala hijrah kerana Allah dan rasulNya. Siapa yang berhijrah kerana harta yang ingin di perolehnya atau wanita yang di nikahinya, maka dia akan mendapat sesuai dengan niatnya.”
(Mutaffaq ‘Alaih)

Dalam setiap ape yang kita lakukan tidak ada suatupun perkerjaan kecuali memiliki niat tersendiri. Ini kerana, setiap orang yang berakal dapat memilih apa yang akan dia kerjakan, sehingga tidak mungkin dia melakukan suatu perkara tanpa niat. Oleh Kerana itu, para ulama mengatakan, “Seandainya Allah memerintahkan suatu ibadah kepada kita tanpa niat, niscaya perintah itu tidak mampu di laksanakan.” Subhannallah… bertapa cantiknya.. indahnya.. pengaturan yang telah Allah tetapkan pada hambaNya. dengan hanya berniat dengan apa yang kita lakukan je dah dapat pahala kan.. :) belum kita melakukan ape yang kita niatkan…

Friday, August 12, 2011

.: la tah dzan:. Sang perwira....

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Assalamualaikumwarahmatullah...

Salam Ramadhan....

Alhamdulillah.... alhamdulillah hari ni dah masuk puasa yang ke 13.. syukur ke hadratNya kita dapat bernafas sehingga sekarang... hingga nikmat Ramadhan itu masih terasa.. Subhannallah.... afwan jiddan pada siapa yang singgah di blog nie... lama dah tak update.... lama dah tak jalan2 laman blog ni... maaf sekali lagi pada saudara-saudara yang di kasihi sekalian... hmmm k... firstly, apa khabar iman hari nie... InsyaAllah moga terus istiqomah dijalanNya... lagi-lagi bulan puasa nikan... mudah sangat nak buat benda baik... itulah rahmatNya dalam bulan Ramadhan..

Hari ni ana nak share satu ayat... dalam surah Al-imran ayat 138-139...

#x»yd ×b$ut/ Ĩ$¨Y=Ïj9 Yèdur ×psàÏãöqtBur šúüÉ)­GßJù=Ïj9 ÇÊÌÑÈ

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Ÿwur (#qãZÎgs? Ÿwur (#qçRtøtrB ãNçFRr&ur tböqn=ôãF{$# bÎ) OçGYä. tûüÏZÏB÷sB ÇÊÌÒÈ

dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

Ayat nie, diturunkan semasa perang uhud... setelah kekalahan bala tentara islam dalam perang uhud, muslimin telah kehilangan semangat dan mengalami keputusasaan. ayat ini menghibur jangan sampai karena kekalahan, itupun dikarenakan tidak mentaati pemimpin, kalian menjadikan diri kalian putus asa melainkan daripada demikian kuatkanlah iman kalian, karena kemenangan adalah berada di tangan kalian. dalam ayat sebelumnya perhatian kepada sunnah-sunnah ilahi telah dikemukakan dalam sejarah kaum terdahulu, ayat ini menyinggung salah satu dari sunnah yang disaksikan oleh muslimin dengan mata mereka sendiri.

ia berkata, "faktor terpenting pemulaan dan kehormatan suatu bangsa, adalah iman kepada allah dan taat kepada para utusan ilahi, karena menentang perintahnya dan rasulnya, akan menyebabkan kejatuhan dan kehinaan dan kalian menyaksikan sunnah ilahi ini dalam perang uhud."

Subhannallah... bila baca ayat ni... teringatkan pada diri ini... sewaktu ana merasa down.. stress, give up... bila ana meneliti ayat ni... ana muhasabah diri ana balik... bahawa kita sepatutnya tidak merasa lemah dalam mempertahankan dan menegakkan islam.. kerana apa, islam itu adalah agama yang benar... banyak di nyatakan dalam Al-quran dan sunnah.. ini juga jelas, bila mana kita berpegang teguh dengan perintahNya insyaAllah kita akan mendapat kemenangan disisiNya.

dari ayat ini, kita petik beberapa pelajaran:
1. iman kepada tuhan, bukan hanya faktor kemuliaan pada hari kiamat, melainkan di dunia menyebabkan kemenangan dan keunggulan kaum dan peradaban-peradaban lain.
2. kekalahan tidak sepatutnya menyebabkan mundur dan lemah melainkan harus dijadikan pelajaran untuk langkah dan berikutnya. (irib)

insyaAllah... moga kita sama2 meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya... di bulan mulia ini... kita rebutlah peluang ini untuk beribadah kepadaNya.... kita tak tahu, sama ada kita akan bertemu atau tidak dengan ramadhan yang akan datang...insyaAllah... selamat menunaikan ibadah puasa dan sentiasa istiqomah mengerjakan perintahNya....

salam alaik.... :)