Wednesday, May 4, 2011

~kembara dzatiyah~



Umurku hampir mencecah 21 tahun… apa saja yang telah aku lakukan untuk umurku yang seusia dini….
dari mulai keluarnya dari perut ibu sampailah menjangkau usia 21 tahun… ni… aku terpikir apa saja yang ku lakukan…
yang aku tau…
waktu kecik-kecik mak ayah hantar gi sekolah, pas tu balik dari sekolah, pas tu ada masa lapang ckit gi main… pas tu macam tu pula hari esoknya…. Macam tulah rutin seharian ku waktu sekolah dulu… mak cakap, mak hantar gi sekolah… supaya kamu pandai, nanti dapat lah belajar tinggi… pas tu dapat lah jadi orang yang berguna… betul lah tu kan?
sekarang plak sebagai seorang mahasiswa… sama gak macam citer tadi … hari-hari gi kampus… balik dari kampus macam biasa dah capek… dah penat… rehat jap.. ade asigmnt… yang perlu di buat… buat… n cam tu lah rutin seharian seorang mahasiswa… hari-hari macam tu… hmmmm… pejam celik, pejam celik…. Final year.. dah grad…. Hmmm senang hati mak ayah…. Biler tengok kiter dah Berjaya….
Yeah…. Dah habis belajar…. Best nyer… pas ni boleh rehat dengan sepuasnya… nanti dapat lah keja bagus2… dapat gaji besar… dapat gembirakan mak ayah….…?????
Aye… kenape.. ade tanda tanyer plak nie…. Bukan kah betul tu… hmmm cek balik…. Wu r u….. ??????? pertanyaan demi pertanyaan yang melayang di benak ku….

Betulkah aku belajar untuk mengejar cita tinggi-tinggi?
Betulkah aku belajar untuk menggembirakan semata-mata?
Betulkah aku belajar tinggi2 untuk menjadi orang berguna di mata masyarakat?
Betulkah aku belajar tinggi untuk dapat gaji besar?

Kelihatan diriku seperti anak kecil… aku di permainkan dengan pemikiran yang sedemikian rupa… aku juga kelihatan seperti robot… tidak tau arah tuju yang sebenar…ke mana arah tujuan yang sebenarnya….

Bagaimana dengan ayat nie…
firman Allah s.w.t:
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku [ 51:56 ]
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku hendak menjadikan
khalifah di muka bumi’ [ 2:30 ]
aku semakin tak faham, apa yang dimaksudkan dengan ayat nie, dan apa kaitannya dengan citer di atas….
Refer balik pada ayat di atas, ayat ni menerangkan tentang pengabdian kita padaNya dan tujuan sebenar kita di jadikan di bumi Allah ni….
Hmmm.. ni lah sifat jahiliyah yang ada pada diri kita…. Kita lakukan sesuatu atas sebab selain daripada Allah S.W.T… dan selain dari itu, melakukan sesuatu atau perkara bertentangan dengan syara’… tu lah yang di namakan jahilliyah….
Jap….jap… bukan jahilliyah….tu zaman jahilliyah ke???
ha... ni lah yang ada di benak fikiran kita…. Apa yang sebenarnya di maksudkan dengn jahiliyyah tu??
kalau ditanya apa itu jahiliyyah..pasti anda –mahupun saya sendiri- akan jawab
"bodoh,tak tahu,tak nak ambil tahu" (Ceh,jawapan skema sejarah tingkatan 4)
namun dalam kupasan SAYONARA JAHILIYYAH yang dibentangkan ialah. Seperti di katakana tadi...JAHILIYYAH itu adalah apa-apa perkara selain daripada ISLAM.
Semua orang tetanya2… tentu kita tak nak tergolong dalam golongan yang jahil kan…. Jadi, mari kita sama-sama muhasabah diri kita… selama ini, kita mengaku kita ISLAM…. namun, sejauh mana kita mengamalkan hidup kita sebagai seorang islam… sejauh mana pula kita mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNya….

Alhamdulillah, nikmat islam itu, ada pada jasad ni…. Bagaimana dengan orang yang bukan lahir dari mak bapa islam… tentu mereka keliru dengan pilihan yang akan di buat….. nikmatnya islam akan terasa, apabila seorang hamba meninggalkan jahilliyah-jahilliyah yang mewarnai hidup kita….
Pada jiwa yang sering gersang dan gelisah… ketahuilah, jiwa mu itu milikNya… jadi, sunnatullah… suatu yang menjadi haqNya…. Sekiranya tak di gunakan mengikut haqNYA….ia akan keluh dan kesah… kembalilah padaNya….




… pilihan terletak, di tangan kita… Sesungguhnya Allah maha pengampun Maha penyayang…malah Allah Maha luas kekuasaanNya….

Secara zahirnya, kita mengaku malah bangga kerana kita adalah Islam / muslim namun adakah segala perbuatan serta cara hidup kita mencerminkan Islam?? Adakah ciri2 peribadi muslim telah pun kita turuti?? Bagaimana pula perlaksanaan amal kita dalam kehidupan seharian?? Sudah bolehkah kita berbangga mengaku kita adalah individu muslim yang bakal berjuang untuk menegakkan khilafah Islamiyyah suatu masa nanti??
Segalanya-pada-kita!!
Firman-Nya..
(( sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri )) [ 13:11 ]





sudah bekurun abad nikmat Islam dianugerahkan kepada kita.. Masa terus bergerak dan bergerak sedangkan kita masih berehat-rehat di zon selesa.. = .. so, it’s tyme to change!! (tapi-bukan-bermakna-masa-ni-aje-bole-berubah-ble2-pun-penghijrahan-kepada-yang-lebih-baik-sgt-dituntut-dlm-Islam-selagi-hidayah-masih-di-hati )
Jom same2 tinggalkan jahiliyyah.. dan berhijrah dengan jiwa Islam yang baru..^_^ insyaallah..

~peringatan buat diri yang selalu-lupa-dan-leka dan jua buat teman2..same2 saling ingatkan, insyaallah~


~hamba kerdil~





No comments:

Post a Comment