Friday, February 18, 2011

Syahadatul Haq




Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Al-‘Alaq (96) : 1-5

Dalam wahyu yang pertama ni, Allah mengenalkan Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana (Allah SWT) kpd Rasulullah SAW. Pada saat itu, Rasulullah sgt ketakutan dan baginda terus pulang ke rumah dan menyelimutkan diri. Semasa masih ketakutan, Allah turunkan pula wahyu-Nya yg kedua:

Wahai orang yang berselimut. Bangunlah dan berilah peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji, dan janganlah engkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah. ”

Al-Muddassir (74) : 1-7

Kalau kita renung sejenak, first wahyu adalah utk beriman dgn Tuhan Yang Maha Esa, lepas tu Allah menyuruh Rasulullah bangun untuk memberi peringatan kepada manusia, bukannya suruh solat lima waktu sehari semalam or berpuasa di bulan Ramadhan. Kenapa ek?

Okay, mari kita wat analogi sket. tetiba kita jumpa satu site yg jual tiket flight blk msia utk bulan julai dgn harga 300.000 rp naik air asia, ape kita buat? surela kita bgtau kt sumea org, kn? Nnt xdela diorg beli tiket mahal sampai berjuta-juta rp kan.. kalau diorg x percaya, kita usaha gak tunjuk kt diorg tmpt yg jual tiket tu, nk buktikan yg kita ckp tu betul. Rasanya benda tu mmg ‘tindakan reflects’ bg semua org, kan? Kalau ada yg simpan sorg2, biarkn org lain beli tiket mahal, mmg selfish betullah org tu, x leh nk kata apa dah..

Macam tu jugakla dgn Islam. bg kita yg dh bertemu jalan yg benar, sudah sepatutnya lah kita memberitahu dan mengajak org lain yg masih belum dapat sinar, agar kita sama2 menjadi org yg beruntung. X kan nk masuk syurga sorg2, n biarkan je org lain masuk neraka, kan? Setiap umat islam itu tetap akan masuk syurga lambat or cepat. Biar sebanyak mana pun dosa yg dilakukan, kalau kita yakin dgn syahadah kita bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, dan selagi tidak melakukan benda2 yg boleh membawa kpd syirik, kita tetap akan masuk syurga akhirnya. Tp kena masuk neraka dulula, kalau dh byk dosa tu. Huhu.. Nauzubillah.. Semoga kita termasuk dlm golongan org2 yg dpt masuk terus ke dlm syurga. Ingatlah, azab neraka tu sgt dahsyat..

So, maksud sebenar syahadatul-haq ini adalah menjelaskan kpd seluruh manusia tentang kebenaran yg nyata ini dan membimbing mereka utk melalui satu2nya jalan yg menghubungkn mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai contoh, kita singkap kembali kisah Abu Dzar Al-Ghiffari yg bila dia beriman je, terus dia menyeru org ramai supaya turut beriman, wlpun, dia tau dia akan dipukul teruk oleh org2 kafir Quraisy. Sepatutnyalah kita mencontohi sifat Abu Dzar ni, yg kerana sgt indahnya Islam tu, seboleh2nya dia nk org lain merasakan juga apa yg dia rasa..

Ada satu lg soalan yg perlu dibangkitkan di sini. Apakah yg dimaksudkan dgn ‘aku naik saksi’ or ‘aku bersaksi’ dlm kalimah syahadah tu? Ia bukan shj membawa maksud yg kita mengakui dgn sepenuh hati, lisan dan perbuatan yg tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, tp ia membawa maksud yg lebih luas dr itu. Utk menjawab soalan ini, mari kita renung ayat ni plak:

“Dan demikian pula Kami menjadikan kamu (umat Islam) ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…”

Al-Baqarah (2) : 143

Di dalam ayat tersebut, Allah ada menyebut yg umat islam ini adalah umat pertengahan. Apakah maksud umat pertengahan tu? Maksudnya, kita (umat islam) adalah perantara antara Rasulullah dan manusia seluruhnya, utk menyampaikan kalimah Allah di muka bumi. Umat islam ini menjadi saksi kepada org lain tntg kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu sendiri menjadi saksi kpd kita.

misalnya macam ni..

Ada satu syarikat ni, dia ada buat produk menguruskan badan. Macam mana nk menjual produk tu? Tentulah dgn membuat promosi habis2an, buat iklan utk tunjuk keberkesanan produk yg dijual. Bukan setakat iklan je, dia amik bbrp org utk jadi model / saksi kpd org ramai, nk tunjukkan yg dlm bbrp minggu je, model2 ni dh kurus melidi.. barula org percaya, kan?

Macam tu jugakla dgn kita. Sbg seorang muslim, kita adalah saksi kpd manusia yg lain tentang keindahan dan kesempurnaan Islam. Kita kena tunjukkan dan yakinkan org lain bahawa Islam itu agama yg benar, yg membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

So, jelaslah di sini maksud ‘syahadatul-haq’.. Tuntutan syahadatul-haq ini telah Allah sebut dalam firman-Nya:

“..Katakanlah: “Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?” Allah tidk lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.”

Al-Baqarah (2) : 140

Jelaslah di sini bahawa Allah menuntut kita supaya melaksanakan tuntutan syahadatul-haq ni. Nnt kat akhirat kelak, kalau ada org bukan Islam yg berhujah dgn Allah, mengatakan yg dia x tahu Islam sbb x de org yg bgtau kt dia, macam mana? Kotnya dia menuding jari kt kita, menyalahkan kita yg x pernah berusaha utk menerangkan tntg Islam kpd dia, Nauzubillah..

Tapi, bagaimanakah caranya utk menunaikan tuntutan ini? Sebab tu kita kena berdakwah.‘Dakwah’ bermaksud ‘mengajak’. Apabila kita hendak berdakwah, bukanlah bermaksud kena buat program itu program ini, or berceramah pasal agama je. Ajak org pegi program pun dh dikira berdakwah. Bercerita kisah2 pengajaran, berbuat baik dgn org, membantu org yg dibelenggu kesusahan pun dikira berdakwah gak.

....dakwah terbahagi pada dua Bukan sahaja kita berdakwah kpd org yg bukan islam utk mengajak kpd Islam, tp kita juga perlu berdakwah kpd org yg sudah sedia islam, supaya dpt bersama2 memahami Islam yg sebenar, dan mengikut segala ajarannya... Segala apa yg kita lakukan perlu dijaga. Bukan sahaja utk diri kita sendiri, tapi kita membawa imej Islam di mata org lain. Kalau kita sebut je yg Islam itu bagus, tapi tak menunjukkan bukti, susah org nk percaya..

Oleh itu, marilah kita sama2 muhasabah balik diri kita, adakah kita telah menunaikan tuntutan syahadatul-haq ini.. , sama2lah kita berusaha utk menunaikan haq Allah nie...

insyaAllah... moga Allah permudahkan urusan kita nie...

No comments:

Post a Comment