Thursday, July 14, 2011

~Pulang ke kampunng halaman~




Assalamualaikum….

Alhamdulillah… Alhamdulillah…. Hingga ke saat ini, ku dapat bernafas.. atas nikmatNya yang tak terhingga… subhannallah… hingga tak cukup nak hitung bertapa banyak nikmat yg Allah kurniakan… Moga dengan nikmat yang Allah kurniakan ini, kiter syukuri=)

Apa khabar sahabat2 ….=) khaifa hal lukum? (dalam bahasa arabnya) Moga sehat hendaknya… sihat iman, sihart jiwa, sihat minda dan insyaAllah sehat semuanya…. lama dah tak update blog nie… maaf yer pd sesiapa yg singgah kat blog nie…

Saudara,

Dalam mengharungi hidup yang kian mencabar… kita sering mengandaikan sesuatu yang kita lalui itu membuatkan kita rase stress… baik yang kita harungi itu, perkara besar maupun kecil… itu lah yang selalu terlintas di benak fikiran kita… namun saudara…Allah adalah tempat kita mengadu segalaNya… Allah mengetahui segala apa yang terlintas di fikiran kita. malah Dia tak pernah meninggalkan kita… Dia sentiasa ada di sasmping kita... Dia tak pernah membiarkan kita sendirian…, bertapa besarNya rahmatNya…

Saudara,

Dengan mengingati pencipta kita, kita akan merasa tenang… kerana Dia tahu, kita sedang mengingatiNya. Malah Dia menyukai orang yang sentiasa mengingatiNya.. ingatan padaNya membuat kita sentiasa berwaspada atas segala tingkah laku yang kita lakukan, Semua yang ada di muka bumi ini adalah milikNya… kita sebagai hambaNya .. tidak berhak sama sekali ke atas milikNya..

Hmmm…cakap pasal ‘tidak berhak atas milikNya’ Sekarang sy masih berada di bumi Indonesia… insyaAllah minggu dpn sy balik ke Malaysia… housemate ramai dah balik… kiranya nak tunggu final exam result keluar n nak uruskan pemograman semester baru.. tapi semalam baru dapat info 27 hari bln ni baru sem kiter org dpt uruskan pemograman untuk semester baru.. hmm… btw, insyaAllah ada urusan lain yang harus saya laksanakan. Ini yang dikatakan Allah berhak dalam apapun.. dalam hal ini, Allah berhak menetapkan sesuatu yang kita rencanakan..

Malaysia dah melambai-lambai aku untuk terbang ke sana. Namun ada yang lebih dekat yang melambai-lambai kita, untuk terbang juga ke sana iaitu ajal kita.’ huh…. Gerun dengar perkataan ni’… sedang kita mempersiapkan diri untuk pulang ke Malaysia namun ada perkara yang lebih patut kita persiapkan. Sudah kah kita mempersiapkan bekalan untuk ajal kita?? sepertimana kita mempersiapkan diri untuk pulang ke kampung halaman kita..(Malaysia)

Apapun, Moga Allah sentiasa bersama kita di jalanNya.. walau dalam apa pun keadaan kita, baik kita dalam keadaan susah, perit, gelisah senang dan lapang. Kita inginkan Allah sentiasa bersama kita dalam keadaan apa pun. Jangan biarkan kita haus dengan kasih sayangNya. Kerana bila kita haus dengan kasih sayangNya. Hati kita akan resah.

Subhannallah, hingga saat ini .. nikmat yang Allah berikan begitu banyak sekali. Aku tak tau bagaimana lagi untuk beterima kasih padaNya.. kerana Dialah yang melimpahkan semua nikmat ini. Kerana Allah atas segalaNya. Dengan adaya cahayaMu, aku tak pernah merasa gelap dalam menuju ke arahMu. Betapa kasihnyaMu ya Allah pada hamabaMu yang kerdil ini. Walaupun ku sering kealpaan namun diriMu tak membiarkan aku terus dalam kealpaan itu. Alhamdulillah, betapa kasihnya diriMu pada hambaMu yang tiada apa-apa ini ya Allah. Ya Allah mogaMu tsabatkan hati ini untuk sentiasa berada dijalanMu. Amin amin ya Robbil ‘alamin..

Hari terus berlalu, di mana setiap saat di perhitungkan amal kita. Moga kita membuat persiapan yang cukup untuk pulang ke kampung halaman kita. kampung halaman yang kita impikan selama ini. Sehingga jangan ada yang meninggal bekalan penting kita iaitu iman dan amal serta sentiasa disirami dengan taqwa. insyaAllah, moga kita semua sentiasa berada di jalanNya.

Ingatan diri

Hamba kerdil

90..

Dalam meraih redhaNya….

1 comment:

  1. salam.. kak dib ni..

    wah yan..

    bile jumpe diam je banyak.. tapi hebat dalam pnulisan ek..
    jge diri di mesia ek..da la cuti lame..
    kt mesia byk virus penyakit 'futur'..haha

    salam.. jge diri

    ReplyDelete