Sunday, December 18, 2011

~Nawaitu~

Assalamualaikum, apa khabar sahabat semua…Semoga semua sehat hendakNya.. insyaAllah.. Baiklah sahabat sekalian..:) sekarang dah pukul 12.50 mlm WIB..k di mana pun kita berada.. di pasak apa pun..selagi di buminya Allah kita masih dalam iradatNya..Sering kali kita membicarakan sesuatu yang kita lakukan, mesti ada tujuannya, mesti ada sebabnya.. ape yang ingin kita lakukan pasti ada awalnya dan pasti ada impaknya tersendiri berdasarkan ape?? jom.. kita dengar jap lantunan suara nih..




Setiap yang akan kita lakukan setiasa diawali dengan niat…niat yang akan mencerminkan tindakan yang kita lakukan... Sabda Rasulullah S.A.W..

“Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat, dan setiap orang mendapat balasan amalnya sesuai dengan niatnya. Siapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka dia akan mendapat pahala hijrah kerana Allah dan rasulNya. Siapa yang berhijrah kerana harta yang ingin di perolehnya atau wanita yang di nikahinya, maka dia akan mendapat sesuai dengan niatnya.”
(Mutaffaq ‘Alaih)

Dalam setiap ape yang kita lakukan tidak ada suatupun perkerjaan kecuali memiliki niat tersendiri. Ini kerana, setiap orang yang berakal dapat memilih apa yang akan dia kerjakan, sehingga tidak mungkin dia melakukan suatu perkara tanpa niat. Oleh Kerana itu, para ulama mengatakan, “Seandainya Allah memerintahkan suatu ibadah kepada kita tanpa niat, niscaya perintah itu tidak mampu di laksanakan.” Subhannallah… bertapa cantiknya.. indahnya.. pengaturan yang telah Allah tetapkan pada hambaNya. dengan hanya berniat dengan apa yang kita lakukan je dah dapat pahala kan.. :) belum kita melakukan ape yang kita niatkan…

1 comment:

  1. betul,tepat, jitu dan persis sekali, nawaitu paling utama dalam segala hal..Good point!

    ReplyDelete