Sunday, January 22, 2012

~Ingatan padaMU meleraikan bisikannya~




Ya Allah ya Robbill'alamin...
Alhamdulillah hingga ke saaat ini, Allah masih memberi peluang pada saya dan sahabat-sahabat bernafas dalam jiwa hamba.. yang tak terkira nilainya. Sahabat, sudah lama saya tak up date blog nie ,sekali lagi asiffun jiddan pada yang singgah di tinta yang hambar nih.. sedikit perkongsian tentang diri kita, amal kita, dan suatu yang menjadi kewajiban pada seorang muslim. Apa dier.. yang dimaksudkan ialah ‘Solat itu dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran’… seperti mana firman Allah S.W.T :


“Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-ankabut:45)

Dalam ayat nih Allah menerangkan tentang “Al-Quran menyucikan jiwa manusia”. Wah.. bila baca ayat nih.. subhannallah, hebatnya Allah, dengan membaca AL-Quran je boleh menyucikan hati.. boleh menyucikan jiwa wah.. cam ne tuh..??? bagaimana Al-Qur’an boleh menyucikan jiwa.. bagaimana jiwa tuh boleh suci dengan membaca Al-quran. Tiada yang suatu yang mustahil bagi ALLAH.. Allah Maha mengetahui segala kejadianNya.. dan Allah tak pernah t’lepas pandang pun dengan apa yang Dia ciptakan.

Al-qur’an adalah suatu wahyu yang Allah turunkan pada nabi Muhammad S.A.W. Jadi jelaskan, Al-Qur’an bukanlah suatu rekaan manusia semata-mata, sepertimana mana yang di anggap oleh orang arab jahiliah dahulu Al-qur’an itu hanya rekaan, cerita dongengan dan berbagai lagi sangkaan terhadap apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah S.A.W. Subhannallah, luar biasa sekali, dengan membaca Al-quran, jiwa boleh bersih, tak payah cuci pakai clorox yang membersihkan atau menanggalkan suatu tempat yang kotor. Maaf.. nak sucikan jiwa baca Al-Quran dan cuba fahami ayat—ayat yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Bila kita memahami, akan mudahlah kita untuk mengikuti apa yang telah tersingkap dalam al-quran tersebut.

Selaian dari itu, Dalam ayat nih Allah suruh kita “dan dirikanlah solat..” kenape kita perlu dirikan solat.bukan cukup ke dengan membaca AL-quran tadi..hmmm belum cukup,so nak cukupkan tadi, Allah top upkan lagi cara untuk kita lebih menyucikan jiwa. iaitu solat.. “ Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran” jadi dengan membaca Al-qur'an tadi, dapat menyucikan jiwa..dah suci Allah hadiahkan,sarankan pada kita untuk solat(mengingati Allah) hmmm.. betul ke.. biasa yang kita dengar solat tuh, solat lima kali sehari semalam (maghrib,isyak,subuh,zohor,asar) kan. Cukup time tu je ker kiter solat?? Betul, solat di wajibkan lima waktu sehari semalam n time tue solat yang di wajibkan.. jadi nak katakan bagaimana solat dapat mencegah seseorang dari melakukan kekejian dan kemungkaran tadi?? mari kita telusuri sama-sama. Dari kata solat itu sendiri, apa masksud solat?? Solat itu adalah suatu perbuatan yang mengingat Allah. jadi dari kata solat itu sendiri, bearti kita mengingati Allah, jadi maksudnya di sini semasa solat lima waktu tuh, kita ingat pada Allah. mengingati pencipta kita, pemberi nikmat pada kita dan pemberi segala apa yang kita dapat selama kita bernafas di pentas fana nih.. jadi, bila kita ingat Allah (Penciptanya) secara automatik menggerakkan hati kita, diri kita untuk tidak melakukan laranganNya. Inilah yang di katakan solat dapat mencegah diri melakukan kekejian dan kemungkaran. Di sini juga terdapat jiwa hamba. Hamba kepada Pencipta yang telah menciptakan kita, fitrahnya seorang hamba akan malu bila melakukan laranganNya. Subhannallah, hebatnya…, bila mana seorang hamba malu dengan tuanNya, malu melakukan kekejian, malu melakukan kemungkaran, maka terlerailah ikatan bisikan iblis (syaithon) pada hambaNya.

Jadi ini lah manfaatnya bila kita mengingati Allah, Kita dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran. Besar manfaatnya, tak yah top up kredit nak call Allah.. directly Allah dah dengar keluhan kita, Allah dah tahu apa yang terselit di hati kita , di benak fikiran kita. Allah tahu semuanya. event, berada di tempat yang tersembunyi, Allah tahu..Bila kita ingat Allah.. insyaAllah Allah akan ingat kita, akan melindungi kita dan kita dapat mencegah diri dari melakukan kekejian dan kemungkaran. insyaAllah...

Wallah hu a’alam bissawab.. segala apa yang baik datang dariNya dan yang kurang dari diri sendiri.. Moga manfaat buat semua.. kita cuba amalkan dalam kehidupan seharian kita ..semaikan dalam diri, bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita. dan tak sesaat pun kita terlepas dari pandanganNya..

~bertatih bawah tarbiyahNya~

No comments:

Post a Comment