Wednesday, February 8, 2012

~Law Ka na Bainana (Andai baginda bersama kita)~

Bismillahirrohmannirohim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah atas kehendakNya kita bisa bernafas hingga ke saat ini. hmm, agak nya dah berapa saat, minit, jam, hari, bln,tahun kita duk kat pentas Allah nih.. tepuk dada tanya iman???? pernah tak kita terfikir?? Apa sahaja yang telah kita lakukan utukNya??… apakah sudah terbayar segala nilmatNya?? Apakah telah ku terlaksana segala perintahNya dengan sebaiknya??? Sebanyak mana, setinggi mana, setebal mana? apakah yang kita lakukan itu… SEGALANYA KERANA Nya??.. hati telah menjawab segala persoalan itu….

Alhamdulillah, Allah telah memberikan peluang pada kita duk kat pentas ini hingga saat ini..maaf, kalimat kali ini agak menegas... Bukan bermaksud apa-apa, Cuma memperingati hakikat diri yang sering alpa.. Sahabat yang ku kasihi sekalian..agak lama kalam ini membisu,namun semoga hati-hati kita tak membisu dari kalamNya, insyaAllah...Sahabat.. baru-baru nih kita baru menyambut hari kelahiran junjungan kita, baginda Rasulullah S.A.W.(Maulidur Rasul) kan.. apa perasaan kita apabila menyambut hari kelahiran baginda gembira..sedih..terharu… segalanya ada. Walau pun kita tak pernah berjumpa baginda tapi, apa bila mendengar nama baginda,baginda adalah utusan Allah… Subhannallah. bukan calang-calang manusia.yang sepertinya, patut menjadi idol dalam kehidupan kita hari ini.. Mari, mari kita sama-sama memperignati pengorbanan baginda terhadap addin ini.. tidak ada kata terlambat untuk memperingati baginda, memperingatinya, bukan hanya sebatas tika hari kelahirannya sahaja, tapi seharusnya setiap saat nafas kita terhembus di muka bumi ini,

Kerana apa kita harus memperingati baginda?? Bayangkan baginda bersama kita.. apa perasaan kita?? mari kita sama-sama hayati Video nih..





Baginda s.a.w sangat sayangkan umatnya.. bagaimana dengan kita?? adakah kita mengikuti ajaarannya,sunnahnya, segala tauladan yang baik yang Rasullah amalkan dalam kehidupan sehariannya?? adakah itu sahabat...jika itu,Alhamdulillah.. mudah-mudahan Rasulullah menjadi Idol tauladan,contoh, qudwah, kehidupan kita.. not Malaysian idol but life idol.. jadi bagaimana?? setuju tak..Sahabat yang di kasihi Allah sekalian,kita bebas memilih untuk menjadikan siapa idol life kita.. namun pilihan yang tepat di tangan sahabat sendiri..
Renunglah kembali,Pengorbanan baginda...mana mungkin, kita melepaskan sisa-sisa hidup kita yang Allah kurniakan ini dengan sia-sia...kita ingin kebaikan, kita ingin kesenangan,kita ingin segala apa yang kita inginkan.. namun dari mana kita dapat keinginan itu semua...?? dari mana?? segalannya dari pencipta kita Allah aja wa jalla.. Subhannallah... bertapa sayangnya Allah pada kita.. DIA beri apa yang baik untuk kita.. lihat sahaja pada diri kita sendiri, segalanya bermanfaat untuk kita mengharungi seharian hidup kita.. Subhannallah..

Marilah kita rebut peluang ini,sisa-sisa nafas yang ada kita gunakan untuk meraih RedhaNya...tiada siapa mengetahui saat ajal menjemput..walau sesaat,seminit tak kan berkurang saat ajal menjemput...
Segala yang baik datang dariNya..segala yang kurang dari diri sendiri sebagai hambaNya yang kerdil... insyaAllah... Moga Allah sentiasa bersama kita setiap saat,setiap menit hembus nafas kita walau di mana kita berada.. insyaAllah...

No comments:

Post a Comment